I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 19 July 2011

KATA-KATA ALUAN


         Alhamdulillah dan bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana akhirnya kami diberi petunjuk dan hidayah serta peluang untuk melahirkan sebuah syarikat dengan jayanya. Syarikat kami ialah sebuah syarikat pembasmian serangga perosak iaitu BAYU TIMUR RESOURCES. Kami akan dapat melaksanakan segala tanggungjawab dan kewajipan kami kepada masyarakat khususnya kaum BUMIPUTERA di serantau Malaysia dengan wujudnya syarikat kami ini.

           Syarikat ini telah ditubuhkan pada 29 APRIL 2011 setelah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE. Kami berhajat untuk menaikkan taraf syarikat ini kepada Syarikat SDN. BHD setelah syarikat kami ini berkembang maju. Kami yakin bahawa cita-cita ini dapat direalisasikan pada masa akan datang dengan gabungan daripada Pemilik Syarikat Bumiputera yang berwawasan tinggi.

          Syarikat kami juga amat mementingkan serta mengutamakan mutu perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami. Kami juga memerlukan sokongan padu dari semua pihak bertujuan untuk merealisasikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan lebih ramai BUMIPUTERA untuk menceburi bidang perniagaan.

          Ini juga dapat memberi kekuatan dan inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dengan gigih bagi mencapai matlamat syarikat kami dan kerajaan dalam mempertingkatkan dan memperkembangkan ekonomi negara dengan adanya sokongan-sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada golongan-golongan yang telah banyak memberi sumbangan serta dorongan dan galakkan kepada kami untuk terus maju.

Sekian, terima kasih...

~ PENGURUS ~
BAYU TIMUR RESOURCES

No comments:

Post a Comment