I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 22 January 2013

Terlalu Lama tak UPDATED!!

Salam semua, disebabkan kerja terlalu banyak admin tak dapat nak update blog as usual.. Walaupun blog tak UPDATED tp servis kami masih berjalan seperti biasa dengan lancar.. Jika terdapat pelbagai masalah tentang serangga perosak ini, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.. Kami sedia membantu anda.. Kepada penduduk di sekitar Kuala Terengganu dan Kuantan, boleh SMS atau hubungi kami untuk membuat temujanji.. Harga boleh dirunding.. Jangan biarkan masalah serangga ini merebak di kediaman atau premis anda.. Hapuskan sebelum ia merebak.. Anda juga boleh hubungi En. Hazree 0199884665 atau saya Cik Mera 0199664665..

Tuesday, 19 July 2011

PENGALAMAN KERJA

SOIL TREATMENT

(‘SOIL TREATMENT')


SKOP KERJA        

  • ·         Semburan ‘Footing’
  • ·         Semburan Ground Slab
  • ·         Ground Slab
  • ·         Semburan Apron


PERALATAN KERJA

·         1 set pum bermotor berkuasa tinggi
·         1 tong untuk mengisi air
·         1 tong racun
·         PPE,sarung tangan dan ‘safety equipment’.
·         sebuah van
·          Kerja-kerja akan dibuat oleh 2 orang juruteknik dan kehadiran wakil
pelanggan diperlukan untuk melihat kerja-kerja tersebut dijalankan dengan sempurna.

BAHAN KIMIA

  • ·         Racun digunakan bermutu tinggi dan telah diluluskan oleh Lembaga Kawalan Racun Serangga Perosak dan atas Cadangan PCAM (‘Pest Control Association Of Malaysia’)


  • ·         Racun digunakan Termifost dgn kadar campuran 4 ½ liter + 200 air.


  • ·         Racun ini mudah lekat pada tanah dan sukar hilang, Mudah dihilangkan apabila melekat pada tisu badan dan Tidak meninggalkan bau yang kuat.


SIJIL JAMINAN

  • ·         3 Tahun.
  • ·         Jaminan ini akan terbatal dengan sendirinya jika menerima mana-mana kerja rawatan anai-anai dari Syarikat Pest Control lain sepanjang tempoh jaminan tersebut.

CORRECTIVE TREATMENT

(‘CORRECTIVE TREATMENT’)

SKOP KERJA        

  • ·         Kerja-kerja ini dimulakan dengan menebuk lubang lantai di sekeliling kawasan bangunan / premis (luar dan dalam). Lubang ditebuk dengan jarak 2 kaki setiap lubang.
  • ·         Racun dimasukkan ke dalam setiap lubang sebanyak 4-5 liter
  • ·         Setelah selesai dimasukkan racun, kerja-kerja menampal balik lubang tersebut dilakukan mengikut warna simen yang hampir sama dengan warna lantai dan kerja-kerja pembersihan dilakukan selepas kerja siap dilakukan.


PERALATAN KERJA

  • ·         1 set pum bermotor tinggi
  • ·         1 tong mengisi air + campuran racun
  • ·         1 tong racun
  • ·         Mesin ‘Drilling’ (untuk menebuk lubang)
  • ·         1 gulung wayar getah
  • ·         ‘Injector’ racun, simen,peralatan bancuhan simen,mop dan penyapu
  • ·         B&G Sprayer
  • ·         Sarung tangan dan peralatan keselamatan
  • ·         Sebuah van
  • ·         Kerja-kerja dilakukan oleh 2 orang juruteknik dan kehadiran pelanggan/wakil pelanggan diperlukan untuk melihat kerja-kerja tersebut dijalankan dengan sempurna.


BAHAN KIMIA

  • ·         Racun digunakan bermutu tinggi dan telah diluluskan oleh Lembaga Kawalan Racun Serangga Perosak dan atas Cadangan PCAM (‘Pest Control Association Of Malaysia’) 
  •        Racun digunakan Termifost dgn kadar campuran 4 ½ liter + 200 air
  • ·         Racun ini mudah lekat pada tanah dan sukar hilang, Mudah dihilangkan apabila melekat pada tisu badan dan Tidak meninggalkan bau yang kuat.



SIJIL JAMINAN

  • 2 Tahun.
  • Jaminan ini akan terbatal dengan sendirinya jika menerima mana-mana kerja rawatan anai-anai dari Syarikat Pest Control lain sepanjang tempoh jaminan tersebut.

SKOP KAWALAN KERJA (NYAMUK, JENTIK-JENTIK )

Jenis Serangga
:
NYAMUK / HAMA / KUTU / SERANGGA TERBANG









                                                        
Racun Digunakan
:
Malathion



Cara Kerja
:
Semburan asap berkabut ( ‘Fogging’ ) akan dilakukan di sekeliling kawasan bangunan / kediaman dengan menggunakan mesin asap berkabut.






Jenis Serangga
:
JENTIK- JENTIK


                               






Racun Digunakan
:
Abate



Cara Kerja
:
Serbuk abate ditabur di dalam tankungan air bertakung atau dalam bekas-bekas takungan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

SKOP KERJA KAWALAN SERANGGA ( ANAI-ANAI, SEMUT, LIPAS, TIKUS)

Jenis Serangga
:
ANAI-ANAI / SEMUT / LIPAS


 



Racun Digunakan
:
Termicide Powder / Cyren 38.7 / Termifost / Premise (Clorphyrifos) / Fendona Kelas IV@Stead Fast. (Racun ini adalah selamat dan kurang bau). Bagi kawasan luar, racun yang digunakan ialah Sumithion Waterable Powder kelas II



Cara Kerja
:
Mencari punca dan laluan oleh anai-anai ( ‘mude tube’ ) dan semburan debu ‘termicide powder’ pada terowong-terowong tersebut. Anai-anai yang terkena debu racun tersebut akan membawa balik ke sarang dan memindahkan debu racun tersebut kepada anai-anai secara ‘grooming’ pembersihan.




:
Menyembur racun di tepi-tepi dinding dalam dan luar bangunan di mana terdapat rekahan dan tempat-tempat yang boleh diduduki oleh semut / lipas.




:
Mencari punca laluan semut / lipas disekeliling luar dan dalam bangunan dan disembur dengan cecair beracun di tempat punca laluan seperti ‘septic tank’, salur air dan ‘main hole’ adalah sasaran utama rawatan.







Jenis Serangga
:
TIKUS








Racun Digunakan
:
Rait Bait, Racumin Paste & Racumin Tracking Kelas IV



Cara Kerja
:
Letakkan umpan ‘Baiting’ ke dalam kotak kertas khas.




:
Racun ini diletakkan di tempat tersembunyi / laluan tikus seperti di penjuru kediaman / premis serta tempat yang difikirkan selamat tanpa gangguan kanak-kanak.




:
Lubang-lubang tanah yang terdapat disekitar premis juga diletakkan dengan umpan racun tikus untuk membunuh tikus yang tersembunyi.

PERKHIDMATAN BAYU TIMUR RESOURCES


Kami, BAYU TIMUR RESOURCES (CA 0174695-P) menawarkan perkhidmatan KAWALAN SERANGGA PEROSAK seperti berikut :

·        ‘PEST CONTROL’ (Kawalan Makhluk Perosak) :

v General Pest
(Semburan serangga untuk anai-anai, semut, lipas dan tikus)

v Corrective Anti-Termite Treatment
(Rawatan Suntikan Anai-anai)

v Soil Treatment
(Semburan racun serangga di tapak-tapak pembinaan)

v Electronic Fly Killer
(Alat Perangkap Lalat)

v Penghapusan tebuan dan kawalan burung / kelawar / ular

v Fogging
(Semburan Asap Berkabut – Nyamuk)

v Kawalan Jentik- jentik

COMPANY BACKGROUND

NAMA SYARIKAT : 
BAYU TIMUR RESOURCES

NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : 
CA 0174695-P

ALAMAT : 
NO. 36, JALAN 1,
RRM PERMATANG BADAK BARU,
25150 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

NO. TELEFON : 
019-9884665

CAWANGAN : 
NO. 167,
KAMPUNG HILIRAN MASJID,
21000 KUALA TERENGGANU

NO. TELEFON : 
019-9664665

AKAUN BANK : 
BANK ISLAM (M) BHD. (NO:98127-X)
PUTRA SQUARE KUANTAN,
NO: 1 & 3, JALAN PUTRA SQUARE 2,
PUTRA SQUARE, 25200 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

NO. PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN : 
357-02170490

KATA-KATA ALUAN


         Alhamdulillah dan bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana akhirnya kami diberi petunjuk dan hidayah serta peluang untuk melahirkan sebuah syarikat dengan jayanya. Syarikat kami ialah sebuah syarikat pembasmian serangga perosak iaitu BAYU TIMUR RESOURCES. Kami akan dapat melaksanakan segala tanggungjawab dan kewajipan kami kepada masyarakat khususnya kaum BUMIPUTERA di serantau Malaysia dengan wujudnya syarikat kami ini.

           Syarikat ini telah ditubuhkan pada 29 APRIL 2011 setelah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE. Kami berhajat untuk menaikkan taraf syarikat ini kepada Syarikat SDN. BHD setelah syarikat kami ini berkembang maju. Kami yakin bahawa cita-cita ini dapat direalisasikan pada masa akan datang dengan gabungan daripada Pemilik Syarikat Bumiputera yang berwawasan tinggi.

          Syarikat kami juga amat mementingkan serta mengutamakan mutu perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami. Kami juga memerlukan sokongan padu dari semua pihak bertujuan untuk merealisasikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan lebih ramai BUMIPUTERA untuk menceburi bidang perniagaan.

          Ini juga dapat memberi kekuatan dan inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dengan gigih bagi mencapai matlamat syarikat kami dan kerajaan dalam mempertingkatkan dan memperkembangkan ekonomi negara dengan adanya sokongan-sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada golongan-golongan yang telah banyak memberi sumbangan serta dorongan dan galakkan kepada kami untuk terus maju.

Sekian, terima kasih...

~ PENGURUS ~
BAYU TIMUR RESOURCES